Eropah

Covid-19 mampu hasil daya tahan tubuh untuk 5 bulan - Kajian

Oleh Agensi

London: Kajian pekerja kesihatan United Kingdom mendapati mereka yang dijangkiti Covid-19 memiliki daya tahan badan daripada virus itu untuk sekurang-kurangnya lima bulan.

Namun, pesakit Covid-19 dikatakan masih boleh menyebarkan virus itu kepada orang lain.

Dapatan saintis Kesihatan Awam England (PHE) menunjukkan bahawa jangkitan semula pada orang yang mempunyai antibodi Covid-19 dari jangkitan masa lalu jarang berlaku, dengan hanya 44 kes yang dikesan daripada 6,614 orang yang dijangkiti sebelumnya, dalam kajian ini.

Namun, pakar mengingatkan bahawa mereka yang dijangkiti wabak itu pada gelombang pertama pandemik awal 2020 berkemungkinan boleh dijangkiti semula.

"Kita sedar kebanyakan mereka yang dijangkiti virus ini akan menghasilkan daya tahan tubuh untuk menghalang daripada dijangkiti semula namun tidak semuanya begitu kerana tidak tahu berapa lama ia mampu bertahan," kata Susan Hopkins, penasihat kesihatan kanan di PHE merangkap ketua kajian itu.

Katanya, ini bermaksud mereka yang sudah dijangkiti dan dilindungi masih berisiko untuk mendapat kembali dijangkiti virus itu selain menjangkiti orang lain.

Pada Rabu, sebanyak 1,564 kematian direkodkan di UK dengan keseluruhan mangsa yang meninggal dunia di negara itu, melebihi 89,000 orang.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: January 15, 2021 @ 11:56am
    d