Eropah

WHO luluskan penggunaan vaksin Sinopharm

Oleh AFP

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 dihasilkan Sinopharm dari China bagi meningkatkan usaha imunisasi global.

Ia menjadikan Sinopharm sebagai syarikat farmaseutikal bukan dari Barat pertama diberikan lampu hijau oleh WHO.

"Jumlah kes harian dan angka kematian terus meningkat. Kita mungkin akan melihat situasi sama yang serius berlaku di India dan Brazil," kata Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam sidang media.

WHO sudah memberi kelulusan untuk penggunaan vaksin Covid-19 yang dihasilkan Pfizer-BioNTech, Moderna, Johnson and Johnson, dan AstraZeneca yang dihasilkan di beberapa lokasi berasingan di India dan Korea Selatan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 8, 2021 @ 9:37pm
    d