itmetro

Tencent tangguh liga eSport akibat koronavirus

Oleh Muhammad Saufi Hassan

SYARIKAT pembangun permainan gergasi berpangkalan di China, Tencent mengumumkan penangguhan liga sukan elektronik (eSport) terbesar negara itu susulan serangan koronavirus.

Perkara itu diumumkan syarikat berkenaan menerusi satu kenyataan media dan liga eSport berkenaan ditunda kepada musim bunga untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku jika ia diteruskan dalam tempoh terdekat.

Penangguhan itu turut membabitkan Liga Pro League of Legends (LPL) dan beberapa liga lain memandangkan situasi tidak menentu berhubung penularan virus berkenaan.

Bagaimanapun, Tencent tidak mendedahkan tarikh khusus berhubung liga berkenaan dan hanya menyatakan bahawa ia ditangguhkan sementara waktu.

LPL adalah liga sukan elektronik paling popular di negara berkenaan yang mempunyai ratusan juta peminat di negara berkenaan dan berdasarkan penganjuran tahun sebelumnya, ia dibahagikan kepada dua liga berasingan.

Bagi tahun lalu, jumlah hadiah yang ditawarkan untuk pemenang mencecah RM2 juta dan sistem liga adalah sama dengan sukan konvensional yang lain berasaskan kepada francais.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: January 28, 2020 @ 1:11pm
    d