mutakhir

Direman empat hari

Oleh Faliq Lajim

TIGA remaja lelaki yang disyaki mencetuskan kekecohan di Forum Nothing to Hide 2.0 di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan, Seksyen 7, Shah Alam semalam direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Perintah tahanan reman ketiga-tiga individu berusia 17 hingga 19 tahun itu dikeluarkan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini.

Siasatan terhadap mereka adalah mengikut Seksyen 15 (d) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 153 Kanun Keseksaan melakukan provokasi dengan niat menyebabkan rusuhan serta Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Terdahulu, mereka dibawa ke mahkamah oleh polis pada 10 pagi.

Semalam, Harian Metro melaporkan berlakunya kekecohan di Forum Nothing to Hide 2.0, yang menampilkan Tun Mahathir Mohamad sehingga menyebabkan tiga suspek ditahan.

Mereka ditahan oleh orang awam di program itu dan kemudian diserahkan kepada polis.

Berita berkaitan:

Polis siasat punca kekecohan

Baling suar pun ada juga...

Disiarkan pada: August 14, 2017 @ 3:11pm
d