mutakhir

Jenazah Sultan Kedah tiba di Balai Penghadapan Baru

Oleh Aizat Sharif

KERANDA yang membawa jenazah Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah tiba di Balai Penghadapan Baru, Istana Anak Bukit, Alor Setar 10.35 pagi, hari ini untuk sesi penghormatan terakhir.

Jenazah tiba dengan diiringi oleh lebih 10 pegawai istana selepas disembahyangkan di istana sekitar 10.15 pagi tadi.

Turut kelihatan rombongan kenamaan termasuk Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang yang juga Exco Negeri Kedah, Datuk Badrul Hisham Hashim.

Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat di Istana Anak Bukit, Alor setara, 2.30 petang semalam pada usia 89 tahun selepas memerintah Kedah selama 59 tahun.

Berita berkaitan:

21 das tembakan meriam

Orang ramai berkumpul di Istana Anak Bukit

Sultan Kedah mangkat

Disiarkan pada: September 12, 2017 @ 11:09am
d