mutakhir

89 das iringi keberangkatan jenazah

Oleh BERNAMA

TEMBAKAN meriam sebanyak 89 das mengiringi keberangkatan keluar jenazah Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dari Istana Anak Bukit untuk dimakamkan di Makam Diraja Langgar dekat Alor Setar, hari ini.

Jumlah tembakan yang menandakan usia Almarhum baginda berkenaan dikendalikan Bateri ke-41 Rejimen Artileri Diraja berpangkalan di Kem Sungai Buloh.

Keranda yang membawa jenazah Almarhum diletakkan di atas pedati yang ditarik dengan kenderaan khas, diiringi kaum kerabat Diraja, penghulu-penghulu mukim serta rakyat jelata.

Suasana hiba dan pilu menyelubungi kerabat Diraja serta seluruh rakyat jelata yang menyaksikan keberangkatan jenazah Almarhum baginda ke makam.

Cuaca cerah dengan tiupan angin sederhana mengiringi keberangkatan jenazah yang akan melalui Jalan Anak Bukit, Jalan Tun Razak dan Jalan Langgar di sini.

Jarak dari istana ke Makam Diraja Langgar sejauh 12.4 kilometer dengan kelajuan pedati 30 kilometer sejam.

Berita berkaitan:

8 jam gali liang lahad

Jalan ditutup sementara bagi Istiadat Pemakaman

Jenazah Sultan Kedah tiba di Balai Penghadapan Baru

21 das tembakan meriam

Orang ramai berkumpul di Istana Anak Bukit

Sultan Kedah mangkat

Disiarkan pada: September 12, 2017 @ 5:07pm
d