mutakhir

Tangguh operasi ke tahun depan

Oleh Mohd Azam Shah Yaacob dan Mohd Hasbi Sidek

Kuala Lumpur: Operasi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, di sini, yang menjalani proses menaik taraf terpaksa ditangguhkan ke awal tahun depan.

Sebelum ini premis berkenaan dijangkakan memulakan operasi pada awal bulan depan, bagaimanapun ditangguhkan kerana beberapa aspek perlu ditambah baik selepas pemeriksaan dilakukan.

Pengetuanya Mohd Zahid Mahmood berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sudah membuat pemeriksaan keselamatan di premis terbabit, kelmarin dan mengarahkan beberapa penambaikan dari aspek keselamatan perlu dipatuhi.

“Pihak pengurusan perlu menambah beberapa peralatan seperti penyedut asap, loceng kecemasan dan menambah baik ciri keselamatan pada tangga besi sebelum operasi di pusat tahfiz ini boleh bermula,” katanya.

Premis asal pusat tahfiz berkenaan sebelum ini menjalani proses naik taraf dan operasi pengajian dipindahkan ke bangunan sementara berdekatan.

Sementara itu, Mohd Zahid berkata, proses untuk menukar status tanah daripada kediaman ke pusat pembelajaran juga mengambil masa.

“Untuk semua proses tambah baik dan pertukaran status tanah, ia sekurang-kurangnya mengambil masa empat bulan,” katanya.

Berita berkaitan :

Tragedi Tahfiz Ittifaqiyah

Disiarkan pada: September 23, 2017 @ 4:43am
d