mutakhir

NIOSH wujud modul khas tahfiz

Oleh HM Digital

Kuala Lumpur: Institut Keselamatan dan Kesihatan Negara (NIOSH), akan mewujudkan satu modul khas keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi semua pusat tahfiz seluruh negara.

Pengerusi NIOSH Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pihaknya bakal menubuhkan satu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan khas bagi menyelaraskan modul ditetapkan supaya selari dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994) serta akta lain berkaitan.

“Kami akan membuat lawatan ke pusat tahfiz bagi memastikan kemungkinan bahaya yang ada di premis mereka dan peralatan pemadam api atau sebagainya yang diperlukan institusi pengajian berkenaan.

“Selain itu, kami akan memberikan pendidikan berhubung aspek pencegahan dan keselamatan kebakaran kepada pelajar serta tenaga pengajar.

“Kami juga akan membuat borang audit keselamatan dan kesihatan bagi semua pusat tahfiz sebagai panduan. Ini bagi memastikan premis beroperasi mengikut semua arahan ditetapkan,” katanya selepas membuat lawatan di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Dato Keramat Hujung di sini, petang semalam.

Berita berkaitan :

Tragedi Tahfiz Ittifaqiyah

Disiarkan pada: September 26, 2017 @ 5:26am
d