mutakhir

Dua lagi anggota TLDM direman [METROTV]

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan dan Noor Hidayah Tanzizi

DUA anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) direman bagi membantu siasatan kes membabitkan kecederaan dua anggota TLDM ketika di dalam bilik tahanan di Sungai Wangi, Sitiawan, minggu lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata, dua suspek lelaki berusia 29 dan 37 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, kedua-dua suspek berkenaan diserahkan oleh pihak TLDM dan tangkapan semula dijalankan oleh pihak polis.

"Sejak laporan dan siasatan dijalankan oleh polis. Pihak TLDM memberi kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Pihak TLDM turut menjalankan siasatan dalaman bagi mencari kebenaran kejadian serta mengenalpasti anggota yang terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 325/506 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, kedua-dua suspek yang memakai baju lokap warna jingga tiba di Mahkamah Majistret Seri Manjung kira-kira 8.30 pagi ini dengan menaiki trak polis sebelum keluar semula menaiki kenderaan sama 30 minit kemudian.

Majistret Ainul Bashiirah Dona Don Biyajid membenarkan kedua-dua lelaki terbabit ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 6 Oktober ini bagi membantu siasatan kes.

Selain dua anggota yang cedera yang kini ditempatkan di bilik khas di Hospital Angkatan Tentera Lumut itu, dua lagi anggota TLDM yang sedang ditahan di bilik tahanan, Unit Sungai Wangi, Sitiawan maut akibat kecederaan parah yang dialami, Jumaat lalu.

Berita berkaitan

2 lagi anggota TLDM dilapor cedera

Mahu keadilan demi cucu

Sihat sebelum masuk bilik tahanan

Reman tujuh hari

Anggota TLDM meninggal disiasat kes bunuh

Kecederaan dalaman juga

Tiba-tiba minta maaf

Isteri kata ada unsur jenayah

Eqiey kata nak berhenti kerja

Tunggu keputusan bedah siasat

Naluri isteri LK 1 Nik Mohd Baihaqy

Anggota TLDM maut latihan fizikal

Disiarkan pada: October 3, 2017 @ 1:36pm
d