mutakhir

PEMA nafi bantu Nur Farahanis

Oleh Muhammad Saufi Hassan

PERTUBUHAN Penggerak Ekonomi Islam Malaysia (PEMA) tidak pernah sama sekali mengatakan tindakan Nur Farahanis Ezzaty Adli, 20, sebagai 'doktor gigi palsu' adalah benar.

Presidennya, Zamri Zaimon berkata, apa yang dilakukan memang bertentangan daripada segi undang-undang.

"PEMA hanya membantu daripada segi nasihat perundangan dan peluang kerjaya kepada keluarga dan Nur Farahanis Ezzaty.

"Memandangkan bapanya seorang peniaga, PEMA cuba membantu menerusi aspek ekonomi keluarga, memberi peluang perniagaan kepadanya," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Sebelum ini, wujud dakwaan mengatakan PEMA membantu gadis berkenaan dan dilihat 'menyokong' tindakan Nur Farahanis Ezzaty yang boleh mengundang risiko kepada pengguna.

Mengulas berhubung kutipan dana RM70,000 sebagai denda yang dikenakan atas tindakan gadis itu, Zamri berkata, wang berkenaan dilancarkan oleh kumpulan lain dan bukannya PEMA.

"Kita tahu dia (Nur Farahanis Ezzaty) bersalah. Itu jelas. Kemudian apa? Kita perlu bantu dia untuk menyediakan platform perniagaan yang betul supaya dia tidak terbabit dalam kesalahan sama sebelum ini.

"Bantuan khidmat nasihat itu bukan bermakna kita menyokong tindakan gadis ini. Tidak sama sekali, kesalahan beliau adalah jelas dan dia juga sudah sedar akan kesilapan itu," katanya.

Berita berkaitan

PPIM tak bantu doktor gigi palsu

'Kami tak sokong doktor palsu'

'Doktor gigi' didenda RM70,000 [METRO TV]

Disiarkan pada: October 10, 2017 @ 12:12pm
d