mutakhir

Adik Shafie Apdal pula dipanggil SPRM

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah

ADIK kepada Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal iaitu Hamid Apdal dipanggil memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, hari ini.

Sumber yang rapat dengan SPRM berkata, ia dipercayai berhubung siasatan kes penyelewengan RM1.5 bilion dana kementerian persekutuan di Sabah.

"Beliau (Hamid) hanya hadir beri keterangan, belum lagi ditangkap SPRM," katanya.

Setakat ini, seramai enam individu sudah ditahan reman di Sabah dan Putrajaya bagi membantu siasatan SPRM berhubung kes berkenaan.

Di Sabah, individu yang ditahan reman adalah Naib Presiden WARISAN Datuk Peter Anthony, 46, dan Ketua Wira parti itu, Datuk Mohd Azis Jamman, 43.

Tiga lagi, Ketua Penerangan Pemuda UMNO merangkap Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar, 43, Ketua Pemuda UMNO Tawau Ariffin Kassim, 44, dan seorang lagi ahli perniagaan berusia 52 tahun.

Di Putrajaya, seorang wanita berusia 40 tahun yang juga bekas Timbalan Setiausaha di sebuah kementerian persekutuan turut ditahan reman bagi membantu kes sama.

SPRM sebelum ini mendedahkan kes penyelewengan dana sebuah kementerian persekutuan di Sabah membabitkan nilai RM1.5 bilion.

Ia berdasarkan peruntukan RM7.5 bilion untuk pelbagai projek pembinaan infrastruktur di negeri ini antara 2010 dan 2016.

Berita berkaitan:

Penyokong penuhi perkarangan mahkamah [METROTV]

Mohd Azis disiasat SPRM sekali lagi

Shafie sedia bantu siasatan

SPRM dah kenal pasti 32 individu

Naib Presiden WARISAN direman [METROTV]

Apa? Seleweng RM180 juta [METROTV]

Seleweng RM1.5 bilion

Pemimpin kanan WARISAN antara tiga ditahan SPRM

SPRM ‘mengganas’ lagi, RM29 juta disita

Disiarkan pada: October 10, 2017 @ 4:58pm
d