mutakhir

Tahniah kerana kekal profesional

Oleh Mohd Hasbi Sidek

JABATAN Sukarelawan Malaysia (RELA) memuji tindakan tiga anggotanya yang mengekalkan sikap profesional ketika menjalankan tugas walaupun dalam situasi tegang.

Ketua Pengarah RELA Zulkifli Abidin berkata, sikap sabar dan tidak mencetuskan tindak balas wajar dicontohi anggota lain.

Beliau berkata, sebagai menghargai komitmen tiga anggota berkenaan, mereka akan dianugerahkan Sijil Kepujian hari ini.

"Saya memuji tindakan anggota kami yang sabar dan profesional, apatah lagi ketika berdepan situasi sebegitu.

"Apa yang ditunjukkan itu membuktikan anggota RELA sentiasa mempraktikkan nilai murni selain cuba mengelak daripada mencetuskan situasi tegang dengan orang ramai," katanya.

Portal Harian Metro kelmarin melaporkan, hanya kerana meminta mengalih kenderaan pelbagai guna (MPV) yang menghalang laluan di hadapan tokong, lelaki yang mengaku dirinya 'Datuk Seri' didakwa memukul tiga anggota RELA kerana tidak menunjukkan hormat kepadanya Jumaat lalu.

Kejadian berlaku berhampiran sebuah tokong di Ampang di mana satu sambutan diadakan pada pagi Jumaat dan sepasukan anggota RELA bertugas untuk membantu memantau lalu lintas di kawasan itu.

Berita berkaitan

Datuk Seri, sila serah diri...

Minta alih MPV punya pasal

Disiarkan pada: October 30, 2017 @ 12:47pm
d