mutakhir

SPM berjalan lancar

Oleh Zuhainy Zulkiffli

CALON Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekitar Georgetown menduduki peperiksaan pada hari pertama dengan lancar selepas bencana banjir yang melanda negeri ini kembali pulih.

Tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdullah Munshi, Jalan P Ramlee mendapati pekarangan sekolah terbabit turut dipenuhi dengan kesan lumpur kira-kira 2.54 sentimeter.

Calon meredah lumpur berkenaan bagi menjalani peperiksaan Bahasa Melayu Kertas I yang dijadualkan bermula jam 8 hingga 10.15 pagi.

Jalan P Ramlee adalah antara laluan teruk terjejas apabila berlaku banjir termasuk banjir kilat berikutan berhampiran dengan sungai utama iaitu Sungai Pinang.

Terdahulu, Pengarah Pendidikan Negeri, Shaari Osman, mengumumkan peperiksaan SPM tetap akan dijalankan pada hari ini walaupun keadaan banjir di sesetengah lokasi masih tidak berubah.

Katanya, hanya sekolah rendah dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir manakala semua pusat peperiksaan lain berada dalam keadaan bersedia membolehkan peperiksaan diteruskan seperti biasa.

Sebanyak 159 Pusat Peperiksaan SPM dibuka di Pulau Pinang dengan jumlah calon keseluruhan seramai 23,374.

Berita berkaitan:

Dengus banjir

Disiarkan pada: November 6, 2017 @ 4:04pm
d