mutakhir

Banjir Kedah semakin surut

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad

JUMLAH mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah terus berkurangan ekoran banjir semakin surut dan cuaca tidak hujan sejak kelmarin.

Setakat 8 pagi, hari ini 982 mangsa daripada 271 keluarga masih berada di 15 PPS di enam daerah iaitu di Kuala Muda, Yan, Kulim, Baling, Bandar Baharu dan Pendang berbanding 2,337 orang direkodkan setakat 12 tengah malam tadi.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata, PPS di Kuala muda merekodkan bilangan mangsa teramai iaitu 440 orang daripada 117 keluarga diikuti Kulim (163 mangsa), Pendang (156), Baling (114) dan Bandar Baharu (30).

"Terkini, 29 PPS ditutup meliputi 10 di Kuala Muda dan 15 di Kulim. Selain itu tiga PPS di Yan dan satu di Bandar Baharu juga sudah ditutup sepenuhnya dan mangsa pulang ke rumah masing-masing," katanya.

Berita berkaitan:

Dengus banjir

Disiarkan pada: November 7, 2017 @ 10:53am
d