mutakhir

Tangguh bayaran balik pinjaman

Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri

CIMB Bank Berhad (CIMB) dan RHB Bank Berhad (RHB) menawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman sehingga enam bulan bagi pelanggan yang terjejas akibat banjir di Pulau Pinang dan Kedah.

Penangguhan berkenaan membabitkan pembiayaan bagi individu dan komersil termasuk pembiayaan peribadi, kenderaan, perumahan, perniagaan dan kad kredit.

Malah, kedua-dua bank berkenaan turut tidak mengenakan sebarang caj untuk penggantian kad kredit, kad debit atau ATMyang rosak akibat banjir.

Sementara itu, Naza Kia Malaysia turut menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan dan khidmat nasihat secara percuma bagi pemilik kenderaan KIA bermula hari ini hingga 31 Disember 2017.

Malah, pihaknya juga menawarkan diskaun sehingga 50 peratus untuk alat ganti tulen.

Untuk maklumat lanjut mengenai semua tawaran ini, layari laman rasmi syarikat berkenaan.

Berita berkaitan:

Dengus banjir

Disiarkan pada: November 8, 2017 @ 1:58pm
d