mutakhir

RM500 untuk mangsa banjir

Oleh Zuhainy Zulkiffli 

KERAJAAN negeri mengumumkan bantuan khas RM500 kepada mangsa banjir di Pulau Pinang yang membabitkan hampir 100,000 isi rumah dan peniaga yang terjejas akibat banjir besar pada 4 dan 5 November lalu.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, bantuan khas berkenaan adalah sebahagian daripada program 'Pulau Pinang Bangkit' yang akan dilancarkan membabitkan peruntukan sebanyak RM100 juta.

Selain itu, Lim berkata, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) bersetuju mengecualikan surcaj pemuliharaan air kepada semua bagi satu kitaran penggunaan selama dua bulan.

"PBAPP memberikan diskaun 50 peratus bagi kegunaan air untuk kegunaan domestik isi rumah dan 25 peratus bagi kegunaan komersil di negeri ini.

"Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan menawarkan diskaun 10 peratus ke atas kadar taksiran bagi semua rumah di negeri kecuali kos rendah dan rumah kos sederhana rendah yang telah diketepikan pembayarannya.

Berita berkaitan:

Dengus banjir

Disiarkan pada: November 9, 2017 @ 1:16pm
d