mutakhir

Mangsa banjir Kedah bertambah

Oleh Zuliaty Zulkifli

MANGSA banjir di Kedah meningkat kepada 930 orang setakat 8 pagi, hari ini berbanding 718 orang semalam.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Kedah berkata, enam pusat pemindahan sementara (PPS) menempatkan 250 keluarga masih dibuka di Kubang Pasu dan Kota Setar.

Menurutnya, lima PPS dibuka di Kubang Pasu iaitu Dewan Kubur Siam, yang menempatkan 222 mangsa, Dewan Tokong Cina (50) dan Dewan Jitra dengan 202 mangsa.

"Jumlah mangsa banjir di PPS Kampung Lahar dan Dewan Kampung Bata di Malau, Jitra kekal masing-masing menempatkan 130 dan 278 orang.

"Satu PPS baru dibuka di Kota Setar, 10 malam tadi di Surau Assyakirin, Kepala Batas, yang menempatkan 48 mangsa daripada 13 keluarga," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berita berkaitan:

Dengus banjir

Disiarkan pada: November 17, 2017 @ 10:32am
d