mutakhir

Mangsa banjir Kedah berkurangan

Oleh Zuliaty Zulkifli

MANGSA banjir di Kedah menurun kepada 385 orang setakat 4 petang, hari ini berbanding 930 orang pagi tadi.

Pegawai Sekretariat jabatan Pengurusan Bencana Negeri Kedah Mejar Imran Azemi, hanya tinggal empat PPS sahaja dibuka menempatkan 109 keluarga di Kubang Pasu dan Kota Setar berbanding enam PPS, 8 pagi tadi.

Menurutnya, PPS di Kubang Pasu adalah Kampung Lahar yang menempatkan 62 mangsa daripada 14 keluarga; Dewan Kubur Siam 222 mangsa daripada 63 keluarga dan Tokong Cina dengan 50 orang daripada 18 keluarga.

"Satu PPS dibuka di Kota Setar, 10 malam tadi di Surau Assyakirin, Kepala Batas, yang menempatkan 51 mangsa daripada 14 keluarga," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berita berkaitan:

Dengus banjir

Disiarkan pada: November 17, 2017 @ 8:11pm
d