mutakhir

Lagi 345 mangsa banjir di Terengganu

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

JUMLAH mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 2,201 orang daripada 765 keluarga sehingga 12 tengah malam tadi berbanding 1,856 orang daripada 686 keluarga, 6 petang semalam.

Sehingga kini, 48 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di enam daerah iaitu Besut, Hulu Terengganu, Dungun, Setiu, Marang dan Kuala Nerus.

Menurut Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri, daerah Hulu Terengganu masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 792 orang daripada 365 keluarga di 18 PPS.

Selain itu, berlaku peningkatan mendadak di Besut apabila 637 orang daripada 194 keluarga di 12 PPS berbanding hanya 267 orang daripada 113 keluarga di tiga PPS sebelum ini.

Jumlah mangsa di daerah Setiu menunjukkan sedikit penurunan apabila mencatatkan 411 orang daripada 105 keluarga di enam PPS berbanding 421 orang daripada 110 keluarga di lapan PPS.

Selain itu, jumlah mangsa di Dungun menunjukkan sedikit peningkatan apabila mencatatkan 165 orang daripada 48 keluarga di empat PPS berbanding 154 orang daripada 44 keluarga di tiga PPS.

Jumlah mangsa di daerah Marang turut meningkat kepada 70 orang (21 keluarga) di enam PPS berbanding 68 orang (21 keluarga) di enam PPS.

Mangsa banjir di Kuala Nerus kekal seramai 126 orang (32 keluarga) di dua PPS.

Berita berkaitan:

Dengus banjir

Disiarkan pada: November 29, 2017 @ 1:42am
d