mutakhir

Dah 1,000 mangsa banjir di Perak

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

MANGSA banjir di Perak kini mencecah 1,000 orang membabitkan 232 keluarga di tiga daerah iaitu Manjung, Taiping dan Muallim setakat 7 malam, hari ini.

Jurucakap Sekretariat Bencana Negeri berkata, kesemua mangsa ditempatkan di lapan pusat permindahan sementara (PPS).

Menurutnya, PPS yang dibuka adalah enam di Manjung dan masing-masing satu di Muallim dan Taiping.

"Mangsa ditempatkan di Sekolah Agama Tebuk Yan, Pantai Remis (178); Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Ishak, Pangkor (73); SK Sungai Batu, Pantai Remis (438); SK Nakhoda Mohamad Taib, Segari (126); Dewan Orang Ramai Batu 8, Segari (126) dan SK Muhammad Saman, Pangkor (22).

"Di daerah Muallim PPS dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Muda, Slim River (22), manakala di Taiping di Kampung Jawa Sungai Nyior, Trong membabitkan 15 mangsa," katanya.

Menurutnya, satu PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Ulu Slim, Slim River sudah ditutp, 4.45 petang tadi susulan banjir yang sudah surut.

Berita berkaitan:

Dengus banjir

Disiarkan pada: December 1, 2017 @ 9:17pm
d