mutakhir

Jumlah mangsa banjir Perak menurun

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

JUMLAH mangsa banjir di Perak setakat 12 tengah malam tadi menurun kepada 851 mangsa membabitkan 189 keluarga berbanding 1,000 mangsa 7 malam tadi.

Kesemua mangsa ditempatkan di lapan pusat permindahan sementara (PPS) di tiga daerah Manjung, Taiping dan Muallim.

Jurucakap Sekreatriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, daerah Manjung masih mencatat jumlah mangsa yang terbanyak dengan enam PPS dibuka.

“Di Manjung, PPS Sekolah Agama Tebuk Yan, Pantai Remis menempatkan 168 mangsa; Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Ishak, Pangkor (38); SK Sungai Batu, Pantai Remis (432) dan SK Nakhoda Mohammad Taib, Segari (111).

“PPS Dewan Orang Ramai Batu 8, Segari (65) dan SK Muhammad Saman, Pangkor (22),” katanya.

Menurutnya, di Muallim pula jumlah mangsa semakin berkurangan dengan hanya dua mangsa membabitkan satu keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Muda, Slim River.

Di Taiping, 13 mangsa membabitkan tiga keluarga ditempatkan di PPS Kamoung Jawa Sungai Nyior, Trong, katanya.

Berita berkaitan:

Dengus banjir

Disiarkan pada: December 2, 2017 @ 12:49am
d