mutakhir

Tumpat tambah 274 mangsa banjir

Oleh Maiamalina Mohamed Amin

PENINGKATAN mangsa banjir di Tumpat menjadikan jumlah semasa di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan mencecah 13,738 orang, 12.30 tengah malam tadi.

Jumlah itu meningkat lapan orang berbanding 13,730 pada 9 malam.

Portal eBanjir Kelantan merekodkan pertambahan 274 mangsa di Tumpat menjadikan 3,302 orang daripada 1,152 keluarga ditempatkan di lima PPS.

Pasir Mas masih menempatkan mangsa tertinggi dengan 9,236 daripada 3,909 keluarga di 36 PPS diikuti Pasir Puteh dengan 814 mangsa di lapan PPS.

Seramai 185 mangsa berada di tiga PPS di Kota Bharu, manakala 101 lagi di Tanah Merah dan 100 orang di dua PPS di Gua Musang.

Dua sungai melepasi paras bahaya iaitu Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang dengan bacaan 60.54 meter, sementara Sungai Golok di Rantau Panjang (10.32 meter) dan di Kuala Jambu, Tumpat (3.67 meter).

Masih ada 17 jalan ditutup iaitu satu di Gua Musang, satu di Kota Bharu, 11 di Pasir Mas dan empat di Tumpat.

Berita berkaitan:

Dengus banjir

Disiarkan pada: December 2, 2017 @ 1:21am
d