mutakhir

Dua pusat pemindahan ditutup

Oleh HM Digital

Manjung: Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah ini ditutup jam 3 petang semalam apabila semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Seramai 77 orang daripada 23 keluarga yang ditempatkan di kedua-dua PPS itu pada jam 9 pagi sudah dibenarkan pulang selepas banjir surut sepenuhnya.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, dua PPS yang ditutup itu ialah Sekolah Agama Rakyat (SAR) Tebuk Yan, Pantai Remis dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Batu, Pantai Remis.

“Di Perak, banjir sudah surut sepenuhnya selepas cuaca panas dan semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Kerja pembersihan di kawasan rumah giat dijalankan dengan bantuan sukarelawan dan keadaan cuaca panas ini diharapkan berterusan,” katanya.

Sebelum ini, selain Manjung, dua lagi daerah di Perak yang terjejas banjir ialah Muallim dan Taiping sebelum PPS di kedua-dua daerah itu ditutup kelmarin.

Berita berkaitan:

Dengus banjir

Disiarkan pada: December 4, 2017 @ 10:47am
d