mutakhir

[UPDATE] Mangsa pegawai khas kepada Exco Perak

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

IDENTITI tiga mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Bota Kanan-Teluk Intan berhampiran Kampung Memali di Bota, pagi ini dikenal pasti sebagai Ahmad Nor Al-Zaidin Ahmad Azzudin, 35, isterinya, Norhaslina Abdul Razak, 27 dan Nor Azira Ahmad Azzudin, 24.

Dalam kejadian 6.30 pagi itu, pasangan suami isteri dan adik perempuan mereka menaiki Proton Saga yang dipandu Ahmad Nor Al-Zaidin.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Muhamad Zainal Abdullah berkata, kereta dipandu mangsa yang juga pegawai khas kepada Exco kerajaan negeri, Datuk Zainol Padzi Paharuddin dari arah Kampung Gajah menghala ke Teluk Intan.

Menurutnya, apabila tiba di lokasi kejadian kereta mangsa dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori.

"Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terhumban ke dalam parit berair di sebelah kiri menghala ke Kampung Gajah," katanya.

Mohamad Zainal berkata , akibat kemalangan itu ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

ŽKatanya, pemandu lori berusia 25 tahun ditahan dan diambil sampel darah dan air kencing untuk tindakan lanjut.

Berita berkaitan

Tiga maut, kemalangan lori dengan kereta

Disiarkan pada: December 13, 2017 @ 1:08pm
d