mutakhir

Datuk, bapa saudara direman seminggu

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad

DATUK dan bapa saudara kepada kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang maut terkena tembakan di Kampung Empa, Mukim Derang, Pokok Sena, Alor Setar, direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes itu.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Alor Setar, Nor Azah Idris selepas dipohon polis bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau membenarkan lelaki berusia 50 dan 15 tahun itu direman sehingga 20 Disember ini mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Terdahulu, mereka yang ditahan di tempat kejadian dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Setar 10.30 pagi.

Portal Harian Metro semalam melaporkan mangsa, Puteri Intan Sharini Mohd Hishamuddin maut selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kiri mukanya akibat terkena tembakan senapang patah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin dilaporkan berkata, pihaknya turut merampas selaras senapang patah daripada suspek.

“Berdasarkan temu bual dengan saksi, kami percaya kanak-kanak perempuan itu terkena tembakan senapang patah yang dibawa oleh remaja lelaki terbabit.

“Difahamkan senapang itu adalah milik moyang mangsa yang dibawa balik oleh datuknya untuk menembak tupai,” katanya.

Berita berkaitan

Dah jadi kes bunuh

Puteri, 8, meninggal terkena tembakan senapang patah

Disiarkan pada: December 14, 2017 @ 1:20pm
d