mutakhir

Akan ada lagi tangkapan

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat tangkapan baru berkaitan kes penyeludupan warga Bangladesh melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, tangkapan berkenaan akan membabitkan ahli-ahli sindiket berkenaan.

“Buat masa ini, tangkapan warga Bangladesh belum ada yang baru tetapi kami masih memantau.

“Hasil kajian kami lebih setahun, kami mendapati kes penyeludupan ini membabitkan tiga lapisan iaitu pengumpul rakyat Bangladesh di negara itu sendiri, pemudah cara yang membantu kemasukan mereka di negara ini dan ‘penghantar’,” katanya kepada pemberita selepas majlis Kejohanan Endurance Piala Ketua Polis Negara di Pusat Equine Universiti Putra (UPM), hari ini.

Menurutnya, pihaknya kini sedang memburu ketiga - tiga lapisan sindiket habis - habisan yang bertanggungjawab membawa masuk warga Bangladesh ke negara ini.

Katanya, pihaknya sudah membuat kajian dan siasatan sindiket haram ini lebih daripada setahun dan warga asing yang ada dokumen akan masuk ke negara melalui lapangan terbang sebelum uruskan apa juga cara dengan sindiket ini termasuk memberi rasuah.

Laporan ekslusif Harian Metro sejak 7 Disember lalu mendedahkan sindiket dikuasai warga Bangladesh memperoleh RM5.2 juta setahun, hasil daripada aktiviti menyeludup rakan senegara melalui KLIA.

Sindiket terbabit dikatakan mengenakan bayaran antara RM15,000 hingga RM20,000 setiap seorang termasuk wang 'pelincir' kepada beberapa pihak berkuasa terutama anggota dan pegawai JIM serta pegawai Kedutaan Malaysia di Dhaka.

Op Pintas KLIA yang dilancarkan oleh Bahagian Anti Pemerdagangan dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) D7C Bukit Aman selepas risikan selama hampir tujuh bulan dilakukan bersama Skuad Khas HM.

Berita berkaitan

5 lagi ditahan

Ketatkan kawalan di KLIA

Pegawai imigresen kena tahan

Siasat rangkaian sindiket

RM5.2 juta seludup hamba moden [METROTV]

Disiarkan pada: December 16, 2017 @ 5:51pm
d