mutakhir

MAIK sumbang RM54,000

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyampaikan sumbangan RM54,000 kepada Madrasah Muhammadiah, Pondok Beta Hilir, Kota Bharu, hari ini.

Timbalan Yang Dipertuanya Dr Nik Mohd Azlan Ab Hadi berkata, bantuan itu bagi membina semula 14 pondok yang musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Katanya, sumbangan berkenaan bagi meringankan beban kepada mangsa yang diberi RM1,000 seorang dan RM30,000 kepada pondok.

"Kami menerima titah daripada Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra untuk memberi sumbangan segera kepada pihak pondok.

"Jika ada keperluan lain, pihak pondok boleh berbincang dengan pihak kami terutama untuk pembangunan pondok," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa dan Mudir Pondok, Mohd Jalaluddin Asayuti Mohamed.

Harian Metro melaporkan, dalam kebakaran 7.45 malam semalam menyebabkan 14 unit pondok musnah.

Kejadian berlaku ketika semua penghuni sedang membaca Yasin di masjid.

Dr Nik Mohd Azlan menasihatkan pihak pondok melakukan pemeriksaan pendawaian elektrik supaya mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan kejadian kebakaran.

Katanya, MAIK juga akan memberi kerjasama untuk memantau pondok daripada semasa ke semasa.

Berita berkaitan:

Madrasah kerugian RM30,000

Nampak api ketika baca Yasin

14 pondok Madrasah Muhammadiah, Pondok Beta Hilir musnah terbakar

Disiarkan pada: December 29, 2017 @ 4:47pm
d