mutakhir

Lapan peti besi sudah dibuka...

Oleh Mohd Azam Shah Yaacob

LAPAN peti besi yang berada di kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya dipercayai milik Datuk Seri Najib Razak sudah dibuka oleh pasukan polis, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi mengesahkan peti besi berkenaan berjaya dibuka dengan bantuan dua tukang kunci.

Katanya, proses membuka peti besi itu bermula pada 12.21 tengah hari kelmarin dan selesai pada 3 pagi semalam.

“Pada jam 3 pagi semalam, polis dengan kerjasama dua tukang kunci sudah berjaya membuka lapan peti besi berkenaan,” katanya.

Difahamkan, hasil pemeriksaan pada lapan peti besi berkenaan tidak menemui barangan ataupun wang.

Malah, polis kini memberi tumpuan siasatan terhadap beberapa premis lain sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur dan Kajang bagi mencari bukti siasatan terhadap syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Harian Metro sebelum ini melaporkan tujuh kenderaan rasmi polis keluar dari Kompleks Sri Perdana sekitar 4.20 petang semalam.

Kehadiran anggota polis terbabit bagi menyiasat lapan peti besi milik Najib yang berada di kediaman rasmi perdana menteri.

Pasukan JSJK membabitkan 10 pegawai dan anggota memasuki kompleks itu secera berperingkat pada 12.21 tengah hari hingga 1.10 tengah hari kelmarin.

Berita berkaitan

[UPDATE] Empat jam di Seri Perdana

Lapan lagi peti besi akan dibuka

'Mata wang asing lama, dokumen dalam peti besi'

[UPDATE] Gagal buka peti besi Najib

10 jam menggerudi peti besi Najib [METROTV]

'Panggil tukang kunci buka peti besi Najib'

Disiarkan pada: May 20, 2018 @ 9:28pm
d