mutakhir

MB Perlis 'dipecat' mula tugas [METROTV]

Oleh Muhammad Mustakim Ramli

DATUK Seri Azlan Man hari ini memulakan tugas sebagai Menteri Besar Perlis untuk penggal kedua di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), di Kangar, hari ini.

Beliau yang berpakaian sut serba hitam dengan bertali leher berwarna merah tiba pada jam 10.10 pagi dengan diiringi beberapa pegawai kakitangan awam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong itu tersenyum sebaik melihat puluhan wakil media menanti beliau di tingkat tiga bangunan berkenaan.

No more drama (tiada lagi drama), masa untuk bekerja," katanya ringkas kepada pihak media.

Kenyataan ringkasnya itu seakan-akan isyarat bagi mengelak dari menjawab pelbagai soalan media susulan kemelut yang melanda politik Perlis.

Azlan juga sempat melihat beberapa naskhah akhbar di atas mejanya yang hampir semuanya memaparkan berita dan laporan mengenai krisis politik negeri ini.

Semalam, beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis bagi penggal kedua selepas dua minggu negeri itu tidak mempunyai Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bagaimanapun lantikan Azlan mendapat tentangan daripada Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Malah, sembilan ADUN Barisan Nasional (BN) Perlis turut memboikot majlis istiadat dan angkat sumpah yang diadakan di Istana Arau sehingga mengundang kemurkaan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Baginda nyata kecewa kerana semua ADUN terbabit berada di Perlis ketika jemputan dihantar kepada mereka, iaitu dua hari sebelum majlis bermula.

Berita berkaitan

'Saya bukan gila kuasa - Ismail Kassim?'

'Apa itu murka?'

‘Shahidan derhaka kepada Raja Perlis’

'MT saja boleh pecat ahli UMNO'

[UPDATE] UMNO pecat MB Perlis

[UPDATE] Azlan mahu jumpa Zahid, Hishammuddin

'Kami tolak Azlan Man jadi MB'

[UPDATE] Raja Perlis murka

Azlan Man MB Perlis, 9 ADUN BN tak hadir

Disiarkan pada: May 25, 2018 @ 12:31pm
d