mutakhir

[UPDATE] Bomba siasat punca gerai mercun terbakar [METROTV]

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan dan polis masih menjalankan siasatan punca sebenar kejadian kebakaran gerai menjual mercun serta bunga api yang videonya tular di media sosial, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bahau Ahmad Hafezze Mat Junoh berkata, ketika kejadian pada 9.49 malam itu, sebuah jentera sedang menjalankan rondaan sebelum ke lokasi kejadian di hadapan sebuah bank di Bandar Bahau.

“Sebaik tiba, api daripada letupan sudah dipadamkan oleh orang awam menggunakan alat pemadam api dan air paip berdekatan.

“Bomba kemudian melakukan kerja pemadaman sepenuhnya. Selain kebakaran gerai itu, lima peratus struktur hadapan sebuah bank rosak dan beberapa kenderaan turut dilaporkan rosak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian itu, orang ramai yang sedang membeli keperluan Aidilfitri di saat akhir di Bandar Bahau dikejutkan dengan kebakaran gerai menjual bunga api dan mercun berkenaan.

Kejadian dipercayai berlaku akibat mercun naga yang dibakar sekumpulan kanak-kanak di situ tersasar ke gerai menjual bahan larangan itu.

Berita berkaitan

Bagai 'zon perang'

Disiarkan pada: June 15, 2018 @ 5:43pm
d