mutakhir

[UPDATE] Jenazah dijangka tiba 5 petang

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

JENAZAH Allahyarham Siti Nur Iesmawida Ismail akan dibawa terus ke Masjid Ar Rahimah, Kg Pandan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 5 petang ini.

Sepupunya, Mohd Emirza Tahir, 33 berkata, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, Sentul selepas selesai disolatkan di masjid berkenaan.

“Kami ahli keluarga mengalu-alukan sekiranya ada yang ingin memberi penghormatan terakhir buat arwah.

“Dijemput juga untuk mengiringi jenazah dan sama-sama membacakan talkin buat jenazah di tanah perkuburan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Emirza berkata, pihak keluarga berharap perjalanan kedua wakil ahli keluarga yang berada bersama jenazah selamat tiba di tanah air.

“Jenazah berangkat dari Lombok ke Jakarta pada 9.40 pagi dan dijangka tiba pada 10.40 pagi.

“Seterusnya jenazah akan berangkat dari Jakarta ke Malaysia pada 1.40 petang dan tiba pada 5.00 petang di KLIA,” katanya.

Allahyarham Siti Nur Iesmawida dilaporkan terkorban dihempap runtuhan tembok bangunan dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 6.4 yang menggoncang wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok pada 5.47 pagi Ahad.

Kejadian itu setakat ini sudah mengorbankan 14 mangsa, manakala beratus cedera serta memusnahkan lebih seribu rumah dan bangunan.

Berita berkaitan

[UPDATE] Jenazah dibawa pulang esok

'Syukur, dah selamat balik...[METROTV]

'Terbang' ke Lombok, sambut jenazah isteri

'Mudahkan urusan bawa balik jenazah isteri saya'

[UPDATE) Kehilangan besar buat warga TVET

[UPDATE] Seorang pendaki Malaysia terkorban [METROTV]

'[UPDATE] Tiga korban gempa bumi Lombok'

'Lombok bergegar !'

Disiarkan pada: July 31, 2018 @ 12:57pm
d