mutakhir

Siapa budak tu?

Oleh Ramli Ibrahim

HAIRAN, tiba-tiba ada gambar wajah kanak-kanak di dalam kereta Proton Wira yang terbabit kemalangan maut di Kilometer 21, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Gua Musang, semalam.

Gambar itu dirakam anggota bomba ketika operasi menyelamat mangsa kemalangan dan bomba mengesahkan ketika kejadian, hanya ada seorang mangsa saja dalam kereta terbabit.

Dalam kemalangan pada 4.30 petang itu, kereta yang dipandu oleh Mohd Salimi Mohd Razali, 34, bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan selepas dia dipercayai gagal memotong kereta di hadapannya di garisan berkembar.

Ketua Operasi Bomba, Awang Mamat berkata, pihaknya hanya menyedari ada kanak-kanak dalam gambar itu selepas ia dimasukkan di dalam kumpulan WhatsApp Bomba.

"Ia sangat menghairankan kerana tiada kanak-kanak di lokasi kemalangan itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pemandu lain, Fauzi Harun, 39, berkata, lokasi itu sering berlaku kemalangan maut dan ada yang mendakwa pernah nampak lembaga menakutkan.

"Kami selalu melalui jalan berkenaan tanpa mengira waktu dan seram juga apabila melihat gambar yang menunjukkan seorang kanak-kanak berada dalam kereta kemalangan itu," katanya.

Berita berkaitan:

Tragedi garisan berkembar

Disiarkan pada: September 5, 2018 @ 5:31pm
d