mutakhir

'Tak boleh dedahkan lagi kawasan parlimen mana'

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan satu kerusi parlimen akan dikosongkan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun, Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, beliau tidak mendedahkan kerusi mana yang akan dikosongkan.

"InsyaAllah akan ada wakil rakyat kita yang akan menawarkan satu tempat untuk membolehkan Datuk Seri Anwar bertanding.

"Saya tidak boleh dedahkan lagi kawasan (parlimen) mana," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Yayasan Kebajikan Negara (YKN) - Tabung Rakyat Palestin di Putrajaya, hari ini.

Malam tadi, calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli malam tadi mendedahkan parti itu akan mengosongkan satu kerusi Parlimen minggu hadapan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding.

Berita berkaitan:

Satu kerusi Parlimen dikosongkan minggu hadapan

Disiarkan pada: September 8, 2018 @ 12:42pm
d