mutakhir

'Memandai je kau kutip derma kan'

Oleh Ahmad Ismail

WARIS empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah treler di Segamat, 9 September lalu, menafikan menubuhkan tabung kutipan derma.

Seorang waris enggan di kenali berkata, mereka terkilan apabila dimaklumkan oleh seorang pemimpin masyarakat di Segamat, kelmarin mengenai perkara itu.

Katanya, pemimpin terbabit meminta pengesahan sama ada memberikan kebenaran kepada beberapa individu dan pertubuhan untuk mengutip sumbangan.

“Kebimbangan kami semakin memuncak apabila kami dimaklumkan bahawa perkara tersebut turut tular di media sosial dengan meletakkan satu nombor akaun bank kononnya ia bertujuan untuk disumbangkan kepada waris," katanya ketika ditemui di Hospital Daerah Segamat (HDS), Segamat.

Menurutnya, perbuatan pihak tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja tidak benar, malah mencemarkan maruah keluarga.

Sehubungan itu, waris tidak akan teragak-agak membuat laporan polis, jika perkara itu berterusan.

“Pada masa yang sama, perbuatan itu turut mengundang persepsi negatif orang ramai bahawa waris seolah-olah tidak bertanggungjawab terhadap kebajikan Mohd Naqib Nizam, 9, yang terselamat dalam nahas itu,” katanya.

Berita berkaitan

[UPDATE] Sepakat jaga Mohd Naqib

Empat beranak satu liang lahad

Ikan baung, lais tinggal kenangan...

Empat beranak maut

Disiarkan pada: September 16, 2018 @ 6:59pm
d