mutakhir

Reman anak bunuh ibu disambung [METROTV]

Oleh Hadzlihady Hassan

TEMPOH reman terhadap suspek kes bunuh seorang wanita yang mayatnya dihumban dalam tangki najis di Jalan Sungai Burung, Balik Pulau dilanjutkan selama tujuh hari lagi.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati berkuat kuasa hari ini sehingga 9 Oktober depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, suspek berusia 29 tahun tiba di Mahkamah Majistret Balik Pulau jam 8.40 pagi dengan diiringi anggota polis.

Suspek yang memakai baju ungu dan berjeans biru kelihatan tenang dan hanya tersenyum sebaik melihat beberapa wakil media mahu mengambil gambarnya.

Pada 24 September lalu, mayat Faridah Mat Hashim, 63, ditemui disumbat dalam lubang najis rumahnya di Kampung Sungai Burung.

Susulan itu, polis mengesan suspek yang juga anak bongsu wanita terbabit kerana disyaki membunuh mangsa.

Suspek berjaya ditahan polis sehari selepas kejadian di hadapan Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya di Jalan Air Putih, Balik Pulau pada 8.45 pagi.

Dia kemudian direman selama tujuh hari dan tempoh tahanan remannya itu tamat hari ini.

Menurut sumber, suspek dilihat agak kebingungan sepanjang tempoh direman, dan sehingga kini dia masih dalam keadaan separuh sedar.

“Mungkin suspek masih tidak dapat melupakan tabiat menghidu petrol hingga membuatkan dia kelihatan agak bercelaru ketika dalam tahanan.

“Malah, ketika dalam proses siasatan dia juga memberitahu ibunya yang terlebih dahulu mengambil pisau pemotong sayur di dapur dan mengacukan kepadanya,” katanya.

Berita berkaitan

Bukan gila, 'stone' petrol ja...

Suspek bunuh ibu, buang ke tangki najis direman [METROTV]

[UPDATE] Suspek bunuh ibu ditangkap

[UPDATE] Tusuk pisau ke leher ibu

'Bunuh, humban ibu dalam tangki najis' [METROTV]

Disiarkan pada: October 2, 2018 @ 2:46pm
d