mutakhir

Ibu, bapa direman kes simbah air panas [METROTV]

Oleh Muhammad Yusri Muzamir

MAHKAMAH Majistret Georgetown, hari ini membenarkan perintah tahanan reman empat hari ke atas suami isteri yang dipercayai menyimbah air panas terhadap anak perempuan mereka.

Perintah reman yang berkuat kuasa hingga Khamis itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Muna Maria Azmi bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Semalam, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan bersama isterinya berusia 33 tahun di hadapan kedai durian di Paya Terubong.

Pemeriksaan mendapati pasangan itu tiada rekod jenayah dan bebas daripada pengaruh dadah.

Dalam kejadian 27 Disember lalu, kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu melecur pada badan akibat disiram air panas oleh bapanya sebelum lelaki terbabit dan isterinya melarikan diri jam 1 pagi.

Mangsa yang juga anak tunggal perempuan daripada empat beradik masih mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang, dan berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Lelaki itu dikatakan berang kerana mangsa menghabiskan makanan yang dimasak isterinya ketika dia pulang ke rumah.

Berita berkaitan

Mangsa sering jadi sasaran belasahan suspek

Lama mana nak lari

Budak disiram air panas ditempatkan di JKM

Serah diri atau...

Berang anak habiskan makanan

Tergamaknya bapa siram air panas...

Disiarkan pada: January 7, 2019 @ 1:54pm
d