mutakhir

'Dia serang dengan kayu dulu...'

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Aizat Shariff

LELAKI yang membunuh dua beradik di Kampung Tengah, Jalan Kuala Sungai, Yan, malam semalam terlebih dahulu menyerang penduduk kampung di sebuah surau.

Mohammad Shukri Halim, 39, antara yang terawal menjadi mangsa amukan lelaki terbabit yang membawa kayu dan parang, namun dia terselamat dalam kejadian jam 11 malam itu.

Menurutnya, dia sedang menunggang motosikal dalam perjalanan ke tempat kerja di Gurun sebelum tiba-tiba lelaki itu yang datang dari arah bertentangan dengan motosikal terus menghalang laluannya.

“Saya pada mulanya menyangka dia ingin masuk ke simpang di situ menyebabkan saya berhenti memberi laluan kepadanya.

“Namun, tiba-tiba dia terus menyerang dan memukul saya dengan sebatang kayu tetapi mujur hanya terkena topi keledar," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Mohammad Shukri berkata, bimbang kejadian lebih buruk berlaku dia terus menyelamatkan diri sebelum tidak lama kemudian menerima berita kejadian menyedihkan itu.

“Saya tidak beberapa mengenali lelaki itu kerana bukan berasal dari sini, sebaliknya hanya menetap di sini.

“Namun, saya pernah beberapa kali terserempak dengannya sebelum ini,” katanya.

Berita berkaitan

[UPDATE] Lelaki 'amuk' direman 7 hari

Petanda Angah tidak mahu makan dahulu...

[UPDATE] Polis rampas parang kelar dua beradik

2 budak maut dikelar

Disiarkan pada: January 9, 2019 @ 1:00pm
d