mutakhir

Tampil mohon maaf

Oleh Fahmy A Rosli

Kuala Lumpur: Naib Presiden PKR, Tian Chua tampil membuat permohonan maaf kepada masyarakat Orang Asli susulan kenyataan kontroversi Bob Manolan Mohamad yang juga seorang senator daripada parti itu.

Menurutnya, berdasarkan prinsip parti, PKR tidak menyokong sebarang cara membabitkan paksaan dan ugutan untuk menarik apa-apa bentuk dana serta jawatan sebagai cara mudah menarik undi.

“Saya juga menegaskan, pemimpin kami sepatutnya lebih berwaspada dan sensitif dengan sentimen awam termasuk juga berjaga-jaga terhadap undang-undang ketika kempen pilihan raya berlangsung.

“Bagi Keadilan (PKR), saya dengan ikhlas memohon maaf kepada masyarakat Orang Asli yang tersinggung dengan sebarang kenyataan cuai daripada parti kami.

“Saya berharap semua polemik dan retorik yang berlaku akan tamat sekarang. Marilah kita fokus berdebat mengenai kepentingan rakyat dan gunakan platform adil untuk peroleh kemenangan demi kemajuan negara,” katanya dalam kenyataan, semalam.

  • Lagi berita berkaitan PRK Cameron Highlands
  • Disiarkan pada: January 14, 2019 @ 11:57am
    d