mutakhir

Polis buru tiga lagi lelaki

Oleh Faliq Lajim

POLIS mengesan tiga lagi lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh bekas calon Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Seksyen 7, Shah Alam pada 7 Januari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, susulan penahanan seorang lelaki pada 8 Januari lalu, pihaknya mengenal pasti tiga lagi lelaki yang juga rakan suspek dipercayai dapat membantu siasatan.

“Tiga lelaki yang dikesan itu dikenali sebagai R Logesvaran, 26, P S Tamil Kumaran, 33, dan juga seorang lagi yang hanya dikenali dengan nama Sree,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pihak polis memohon kerjasama orang ramai sekiranya mempunyai maklumat mengenai mereka diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan S Vignesh Kumar di talian 012-8377756 atau melaporkan di mana-mana balai polis berhampiran.

Sementara itu, katanya, seorang suspek yang ditahan pada 8 Januari lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Shah Alam pada 9 pagi esok.

“Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sebelum ini, NSTP melaporkan M Thiyahu, 30, maut selepas dipercayai ditetak dengan parang oleh tiga lelaki dalam kejadian di tingkat bawah Pangsapuri Nilam Sari, Jalan Plumbum, Seksyen 7, Shah Alam.

Berita berkaitan

[UPDATE] Seorang lagi serah diri

Suspek bunuh bekas calon AMK ditahan [METROTV]

M Thiyahu, hero sebenar...

Bekas calon AMK Shah Alam maut ditetak

Disiarkan pada: January 18, 2019 @ 12:04am
d