mutakhir

BN Pahang serah kepada polis siasat [METROTV]

Oleh Rizanizam Abdul Hamid

BARISAN Nasional (BN) Pahang menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis berhubung siasatan insiden dikasari Timbalan Menteri, Tanah dah Sumber Asli Tengku Zulpuri Shah Raja Puji semalam.

Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, laporan polis sudah dibuat calon BN Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Ramli Mohd Noor awal pagi tadi.

“Saya ada terima mengenai laporan polis yang dibuat oleh calon sendiri dan kita serah pada pihak polis untuk membuat siasatan mengenainya.

“Situasi ini tidak sepatutnya berlaku bagaimanapun ia masih terkawal dan dalam tindakan polis,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Dewan Puncak Arabella, Tanah Rata di Cameron Highlands hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Pahang mengulas laporan media mengenai penularan rakaman video di menunjukkan penginapan UMNO Rompin di Pos Lenjang didatangi Tengku Zulpuri Shah yang juga Naib Pengerusi DAP bersama jentera Pakatan Harapan (PH) jam 7.15 malam tadi.

Turut didakwa berada dalam video berdurasi tujuh minit itu adalah dua individu yang mengaku polis yang tidak berpuas hati selepas jentera BN menahan kenderaan terbabit.

Tengku Zulpuri dalam video itu dilihat mempertikaikan tindakan jentera BN menanggalkan bendera Malaysia yang ditampal diatas bendera PH pada logo kenderaan pacuan epat roda terbabit.

Selain video berkenaan, turut tersebar adalah sekeping lagi video berdurasi satu minit 33 saat merakamkan insiden ketika kenderaan terbabit ‘ditahan’ yang menjadi punca kemarahan timbalan menteri berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan PRK Cameron Highlands
  • Disiarkan pada: January 21, 2019 @ 2:56pm
    d