mutakhir

Suspek rogol penghuni pusat jagaan disambung reman

Oleh Norizuan Shamsuddin

POLIS menyambung reman terhadap penjaga pusat jagaan anak yatim dan asnaf didakwa mencabul dan merogol empat penghuninya yang ditahan pada 8 Februari lalu.

Proses sambung reman terbabit dilakukan susulan perintah remannya selama tujuh bermula Jumaat lalu berakhir semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mat Isa ketika dihubungi mengesahkan proses sambung reman terhadap suspek berusia lingkungan 20-an terbabit sudah dilakukan.

“Suspek disambung reman untuk siasatan berhubung satu lagi kes,” katanya.

Bagaimanapun, dia tidak memaklumkan berapa lama tempoh sambung reman berkenaan dilakukan terhadap suspek.

Difahamkan perintah reman terbaru itu dilaksanakan bagi meneruskan siasatan dipercayai berhubung kes rogol mangsa kedua iaitu remaja perempuan berusia 14 tahun yang turut disyaki dilakukan oleh suspek di pusat jagaan berkenaan.

Mangsa kedua terbabit yang diselamatkan selepas disembunyikan oleh ahli keluarga suspek di sebuah kediaman di Batu 12, Gombak, Isnin lalu.

Sebelum ini, Metro Ahad melaporkan seorang wanita terkejut sebaik mengetahui anak saudara perempuannya yang berusia 11 tahun menjadi habuan nafsu serakah seorang penjaga pusat jagaan berkenaan.

Perbuatan lelaki yang juga suami kepada pemilik pusat jagaan terbabit terbongkar apabila mangsa mendedahkan perkara itu kepada ibu saudaranya sebelum meleporkan kepada pihak polis.

Pendedahan kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun itu turut membongkar perbuatan rogol dan cabul dilakukan terhadap tiga lagi penghuni lain di pusat jagaan terbabit.

Susulan itu, suspek ditahan bagi siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan:

  • Pusat jagaan tidak berdaftar
  • 4 penghuni dinoda penjaga
  • Disiarkan pada: February 14, 2019 @ 1:48pm
    d