mutakhir

[UPDATE] MB Johor mohon restu ibu

Oleh Badrul Kamal Zakaria

MENTERI Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal tiba di kampung halamannya di Kampung Baru Batu 28 Lenga, Pagoh, Muar sebaik selesai istiadat pelantikan Menteri Besar Johor di Istana Bukit Serene 2 petang hari ini.

Ketibaan Dr Sahruddin disambut ibunya, Isniah Kasmongin, 73, ahli keluarga, kenalan dan penduduk kampung yang menantikan kepulangan anak jati kampung itu sejak proses pelantikan di Istana Bukit Serene selesai.

Dr Sahruddin kemudiannya masuk ke rumah untuk bersalaman dan mencium ibunya bagi mendapatkan restu atas pelantikannya sebagai Menteri Besar baru.

Beliau kemudian menyertai tahlil dan doa selamat yang diadakan di rumah ibunya yang turut dihadiri penduduk kampung.

Terdahulu, Dr Sahruddin sempat singgah di sekolah lamanya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin Riayat Shah 1 dan meluangkan masa 10 minit beramah mesra bersama warga sekolah itu.

Beliau kemudian menunaikan solat Zohor di Masjid Jamek Kampung Baharu Batu 28 Lenga dan beramah mesra bersama jemaah masjid sebelum kembali ke rumah ibunya.

Berita berkaitan

Dr Sahruddin sah Menteri Besar ke-17 Johor [METROTV]

Mahu rakyat nikmati pembangunan

Lantikan barisan Exco baru dalam masa terdekat

[UPDATE] Osman akan bantu MB Johor baru

Disiarkan pada: April 14, 2019 @ 4:28pm
d