mutakhir

[UPDATE] Seminggu bersih sisa minyak di laut

Oleh Mohd Sabran Md Sani

JABATAN Laut Wilayah Selatan (Johor) dijangka mengambil masa seminggu untuk membersihkan tumpahan minyak di perairan Tanjung Balau, Kota Tinggi.

Pengarahnya, Dickson Dollah berkata, bagaimanapun tempoh itu bergantung kepada cuaca sepanjang proses pembersihan dilaksanakan.

“Melihat kepada situasi ketika ini, kami menjangkakan kerja pembersihan sisa tumpahan minyak mengambil masa kira-kira seminggu.

“Jika keadaan cuaca mengizinkan dan sisa minyak tidak dibawa arus akibat tiupan angin, ia akan diselesaikan dalam tempoh berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, pasukan ‘Oils Spill Response’ jabatan itu digerakkan bagi misi membersihkan tumpahan minyak dengan menggunakan peralatan tambahan ‘absorbent boom’.

“Kami berharap pemantauan dilaksanakan pada hari pertama pembersihan semalam dapat mengelak sisa berkenaan mendarat di pantai.

“Berdasarkan pemerhatian, arus kuat sebelum ini mengakibatkan sisa minyak ke pantai Tanjung Balau dan melekat di batu kawasan itu,” katanya.

Berita berkaitan

[UPDATE] Drone jejak tumpahan minyak di Tanjung Balau

Pencemaran minyak terburuk!

Onar kapal asing

Angkara siapa?

Sengaja buang minyak [METROTV]

Disiarkan pada: April 19, 2019 @ 12:19pm
d