mutakhir

MB Perak imamkan solat jenazah ibu

Oleh Balqis Jazimah Zahari

ALLAHYARHAM Datin Zaliha Nordin, 79, ibu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al-Khairiah, Kampung Kepayang Fair Park di Ipoh, hari ini.

Seramai lebih 1,000 orang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah sebelum jenazahnya selamat dikebumikan 11 pagi.

Hadir sama, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria serta barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Jenazah sebelum itu disembahyangkan di Masjid Al-Khairiah, diimamkan oleh Ahmad Faizal sendiri sebelum beliau turut membawa jenazah ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Talkin dibacakan oleh Imam Besar Masjid Sultan Idris Shah II, Abdul Farid Salleh.

Terdahulu, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di samping keluarga di kediamannya di Kampung Sungai Rokam di sini akibat sakit tua dan dibawa ke Kediaman Rasmi Menteri Besar di Jalan Raja Dihilir.

Arwah meninggalkan lapan orang anak dan Ahmad Faizal adalah anak ketujuh

Berita berkaitan

Ibu MB Perak meninggal dunia [METROTV]

Disiarkan pada: April 29, 2019 @ 12:52pm
d