mutakhir

Belum isytihar darurat

Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin

KOTA BHARU: Kerajaan negeri belum membuat sebarang keputusan sama ada mengisytiharkan darurat atau kuarantin di perkampungan Orang Asli Kuala Koh, Gua Musang susulan jangkitan kuman paru-paru yang menyerang penduduk itu mudah merebak.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sebelum keputusan dan tindakan diambil, pihaknya memerlukan laporan penuh daripada agensi terbabit.

“Sebelum apa-apa keputusanl, kami perlu laporan penuh dari agensi terbabit,” katanya ringkas ketika dihubungi, semalam.

Beliau ditanya sekiranya kerajaan negeri mengambil tindakan darurat atau kuarantin kawasan itu berikutan kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang menasihatkan orang awam tidak masuk ke perkampungan Orang Asli dekat Kuala Koh, Gua Musang kerana jangkitan kuman di paru-paru mudah merebak.

Dr Dzulkefly ketika mengumumkan larangan itu berkata, siasatan pihaknya kini menjurus kepada penyakit terbabit berbanding jangkitan tuberkulosis yang pernah diuar-uarkan sebelum ini.

Beliau berkata, hal itu kerana pemeriksaan dan diagnosis petugas perubatan dari Kementerian Kesihatan mendapati rawatan terhadap hampir semua Orang Asli menunjukkan simptom sama.

  • Lagi berita berkaitan Musibah Kaum Batek
  • Disiarkan pada: June 11, 2019 @ 6:30am
    d