mutakhir

'Alhamdulillah, Mariam ditemui'

Oleh Iqhram Ahmad

REMAJA perempuan yang dilaporkan hilang di kediamannya, di Setiawangsa, Kuala Lumpur, ditemui dalam keadaan selamat, petang tadi.

Raja Mariam Raja Azlan Shah, 15, atau lebih mesra dengan panggilan Mariam ditemui di Desa Pandan, oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan.

Ibunya, Nazatul F Radzia, 48 berkata, dia bersyukur anaknya ditemui dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang prihatin terhadap kehilangan anaknya.

“Alhamdulillah, Mariam ditemui dalam keadaan selamat, tetapi dia tidak mahu pulang dan menjerit (tantrum). Ini adalah kali pertama dia menghilangkan diri dalam tempoh paling lama iaitu 14 jam.

“Lazimnya, Mariam akan keluar dan pulang tetapi tidak pernah dalam tempoh yang lama seperti kali ini,” katanya ketika dihubungi.

Mariam disedari hilang oleh ahli keluarganya selepas didapati tiada di biliknya jam 7.15 pagi tadi.

Menurut bapanya, Raja Azlan Shah Raja Azwa, 48, berkata, anaknya itu berada di kafe siber berdekatan sehingga jam 4 pagi tadi berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.

Berita berkaitan

Di mana Mariam?

Disiarkan pada: June 12, 2019 @ 8:49pm
d