mutakhir

Muhammad Hilman pula buat laporan polis

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

SETIAUSAHA Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi Muhammad Hilman Idham membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya hari ini.

Laporan itu dibuat bagi menafikan ugutannya terhadap Haziq Abdullah Abdul Aziz ketika pertemuan mereka di Zest Coffe House, Marriot Hotel, Putrajaya Selasa lalu.

Muhammad Hilman menjelaskan ugutan itu adalah palsu dan ia fitnah yang dilakukan terhadapnya.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Muhammad Hilman membuat laporan polis di IPD Putrajaya pada 12.30 tengah hari tadi.

“Saya dimaklumkan satu laporan polis dibuat ke atas saya oleh penama Haziq Abdullah Abdul Aziz semalam yang menuduh saya melakukan ugutan ke atasnya ketika pertemuan kami 11 Jun lalu, 2.40 petang di Zest Coffee House, Marriot Hotel, Putrajaya.

“Pertemuan itu adalah atas kapasiti peribadi tanpa pengetahuan mana-mana pihak termasuk Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Justeru, saya ingin menafikan laporan itu dan menegaskan laporan berkenaan adalah palsu,” katanya.

Katanya, pada pertemuan itu, Haziq menyatakan kepadanya bahawa dia mangsa permainan politik kotor untuk menjatuhkan Mohamed Azmin.

Muhammad Hilman berkata, Haziq juga memaklumkan video terbabit palsu dan menafikan dia adalah karakter dalam video itu.

“Haziq juga meminta pandangan saya untuk bertemu keluarganya bagi mendapatkan pandangan. Saya bersetuju dan meminta dia bersabar.

“Saya turut menasihatkan dia dalam menghadapi fitnah begini, keluarga elemen penting yang harus dipelihara perasaan dan maruahnya,” katanya.

Sebelum ini, Haziq membuat laporan polis di Balai Polis Kelana Jaya bagi menyangkal segala tohmahan netizen terhadapnya.

Dalam laporan polis itu, Haziq mendakwa Muhammad Hilman memaksanya untuk menafikan bahawa dirinya dalam video yang tular itu dan memintanya untuk berbohong selain mendakwa dirinya diancam, diugut dan dimanipulasikan.

Berita berkaitan:

  • Dalang penyebaran video lucah dicari
  • SKMM sedia bantu siasatan - Gobind
  • Hindari sebarang bentuk fitnah- Mufti WP
  • Hilman nafi tuduhan Haziq
  • Haziq dakwa diugut setiausaha politik Mohamed Azmin
  • Haziq Abdullah digantung tugas serta-merta
  • Polis buka kertas siasatan
  • Saya kenal dari jauh - Mohamed Azmin
  • Setiausaha Politik Mohamed Azmin buat laporan polis
  • 'Saya tak rasa ia benar'
  • Azmin nafi terbabit video lucah
  • 'Saya tak tau apa pun...'
  • Disiarkan pada: June 14, 2019 @ 3:46pm
    d