mutakhir

3 hari pujuk waris tunjuk kubur

Oleh Muhamaad Razis Ismail

GUA MUSANG: Bukan mudah untuk memujuk Orang Asli suku Batek menunjukkan kubur ahli keluarga mereka yang sudah meninggal dunia, apatah lagi membenarkan ia diusik selepas disemadikan mengikut adat.

Disebabkan itu, Guru Agama Islam Orang Asli, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Mohd Fadzli Mamok yang menjadi perantara antara etnik itu dan pihak berkuasa, mengambil masa tiga hari untuk urusan itu.

“Tiga hari berturut-turut saya terpaksa berulang-alik ke Kuala Koh dari rumah saya di (Felda) Aring 5 untuk pujuk keluarga Orang Asli Batek tunjuk lokasi 12 mayat yang dikebumikan secara adat.

“Sehinggalah mereka setuju untuk beri kerjasama dan maklumkan kepada pihak berkuasa di mana kubur atas pokok itu.

“Saya juga cakap pada mereka, orang Islam perlu melakukan pengebumian cara Islam (dan) akhirnya mereka bersetuju. Mereka memang Islam tapi masih terlalu terikat dengan adat,” katanya ketika ditemui di Felda Aring 10 sini, semalam.

Dia juga yakin, urusan mengesan kubur itu selesai dalam masa terdekat dan berharap dapat merungkai segera punca serangan penyakit penduduk itu.

  • Lagi berita berkaitan Musibah Kaum Batek
  • Disiarkan pada: June 15, 2019 @ 6:01am
    d