mutakhir

Akhirnya, mayat Fitri ditemui [METROTV]

Oleh Zuliaty Zulkiffli

LELAKI yang dilaporkan hilang ketika memukat ikan di lombong lombong pasir Derang, Pokok Sena, ditemui lemas, jam 6 petang ini.

Mangsa, Mohd Fitri Abd Razak, 25, ditemui selepas hampir empat jam pencarian selepas lelaki itu dilaporkan hilang, kira-kira 2 petang.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Azhar Mohamad berkata, mayat ditemui kira-kira 15 minit selepas anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra.

“Mayat diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di lokasi pencarian hari ini.

Azhar berkata, operasi tamat jam 6.05 petang tadi.

Dalam kejadian jam 2 petang tadi, Mohd Fitri dipercayai terjatuh ketika sedang Memukat ikan bersama abangnya, Ridzuan Abd Razak, 37, dan seorang rakan mereka di lombong itu.

Mangsa dipercayai sempat menjerit dua kali meminta tolong sebelum tenggelam ke dasar sungai berkenaan.

Berikutan itu, sepasukan anggota BBP Pokok Sena tiba di lokasi bersama empat anggota polis dari Balai Polis Pokok Sena untuk membantu mencari dan menyelamat mangsa di lokasi kejadian.

Operasi turut membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena.

Berita berkaitan

'Saya terkilan tak sempat selamatkan adik'

Disiarkan pada: June 20, 2019 @ 7:35pm
d