mutakhir

Kekal zon merah di Kampung Kuala Koh

Oleh Ramli Ibrahim

POLIS masih mengklasifikasikan perkampungan Kuala Koh, Gua Musang, sebagai zon merah selepas jangkitan wabak demam campak menyebabkan kematian 15 penduduk Orang Asli suku Batek.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, kampung berkenaan masih belum selamat dengan jangkitan wabak dan pengunjung tidak dibenarkan memasuki kawasan itu.

“Mereka yang mahu memasuki kawasan ini hanya dibenarkan setakat di Kampung Aring 10 sahaja dan akan dihalang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Kita belum pasti sehingga bila kawasan ini diklasifikasikan sebagai zon merah dan bergantung kepada keputusan Kementerian Kesihatan,” katanya.

Terdahulu, kejadian lebih sebulan lalu, seramai 15 Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh, meninggal dunia akibat demam campak dan jangkitan kuman di saluran pernafasan serta 112 individu menerima rawatan di klinik berhampiran.

Mohd Taufik berkata, wabak penyakit ini sangat berbahaya dan mudah berjangkit jika tidak dikawal.

Oleh itu, beliau menasihatkan semua pihak mematuhi arahan supaya tidak memasuki zon merah kecuali yang mereka tertentu sahaja.

“Kita tunggu arahan selanjutnya nanti termasuk kampung itu diisytiharkan selamat daripada penyakit,” katanya.

Berita berkaitan

  • Lagi berita berkaitan Musibah Kaum Batek
  • Lagi berita berkaitan Musibah Kaum Batek
  • Lagi berita berkaitan Musibah Kaum Batek
  • Disiarkan pada: June 23, 2019 @ 12:39pm
    d